Chua Soi Lek - Menteri terlampau malaysia
January 1, 2008 — krazlView sex scene at www.krazl.com
‘Sayalah orangnya’ — Pengakuan Menteri Kesihatan mengenai isu DVD seks libatkan ahli politik
|
|
PENGAKUAN… Chua Soi Lek
menjelaskan mengenai pembabitannya dalam skandal seks dengan seorang wanita pada sidang akhbar di Labis, Johor, semalam. |
LABIS 1 Jan. – Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek
membuat pengakuan terbuka hari ini bahawa beliau ialah orang yang
terlibat dalam aksi hubungan seks bersama seorang wanita yang salinan
cakera video digital (DVD) perlakuan itu diedarkan secara meluas di
Johor sejak tiga hari lalu.
Bagaimanapun, di sebalik pengakuan terbuka tersebut, Menteri
Kesihatan itu menegaskan, beliau tidak akan melepaskan jawatannya dalam
kerajaan dan parti.
Soi Lek yang membacakan teks kenyataan pada sidang akhbar di pejabat
MCA Labis di sini petang ini menyifatkan wanita terbabit sebagai kawan
baiknya.
‘‘Siapa yang terlibat dan apakah motif DVD itu dihasil dan dirakamkan tidak penting lagi.
“Yang paling mustahak bagi saya sekarang ialah keluarga, isteri dan
anak-anak telah pun menerima permohonan maaf daripada saya,” katanya.
Sidang akhbar pada pukul 4.30 petang itu penuh sesak dengan kehadiran wartawan serta para penyokong Soi Lek.
Menteri Kesihatan berusia 61 tahun itu tampil membuat pengakuan
tersebut bagi menjelaskan kontroversi DVD pemimpin politik Johor yang
dikatakan mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita muda di sebuah
hotel.
DVD hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu diedarkan secara
percuma di Muar dan Batu Pahat oleh orang yang tidak dikenali dan
pertama kali dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina pada Ahad lalu.
Turut hadir bersama 200 penyokong Soi Lek pada sidang akhbar itu
ialah Pengerusi MCA Labis, Tan Kok Hong yang juga Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Bekok dan ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha yang juga
Pengerusi BN Labis.
Menurut Soi Lek, beliau telah menemui Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak serta Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting untuk memohon maaf
atas kontroversi itu.
Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai pertemuannya dengan
ketiga-tiga pemimpin itu bagaimanapun menegaskan tetap akan menjalankan
tugas sebagai menteri Kabinet, Ahli Parlimen dan pemimpin MCA seperti
biasa.
Bernama melaporkan Chua, yang akan menyambut ulang tahun ke-61 esok,
diiringi isteri beliau, Datin Seri Wong Sek Hin ketika beliau menemui
Abdullah di Seri Perdana, Putrajaya semalam untuk menerangkan mengenai
DVD tersebut.
Pada pertemuan itu, Soi Lek mengakui bahawa beliaulah orang dalam DVD itu yang dirakam dua tahun lepas.
Berikutan pertemuan itu, diputuskan bahawa Menteri Kesihatan berkenaan hendaklah menjelaskan perkara tersebut secara terbuka.
Ketika menjawab pertanyaan pemberita, Soi Lek menerima tepukan
gemuruh daripada penyokongnya apabila beliau berkata: ‘‘Menteri
berkhidmat atas kepercayaan yang diberi oleh Perdana Menteri.”
Beliau yang kelihatan tenang menjawab pelbagai soalan daripada
wartawan, turut menafikan beliau sendiri bertanggungjawab merakam dan
menghasilkan DVD tersebut.
Menurutnya, pihak di sebalik pembikinan rakaman itu tidak penting,
namun sebab mereka berbuat demikian adalah jelas tetapi beliau enggan
mengulas lanjut.
Beliau turut merayu media supaya memberikan beliau dan keluarganya sedikit ruang ketika menghadapi saat-saat getir tersebut.
Soi Lek berkata, beliau mengetahui mengenai rakaman itu pada Ahad lalu apabila seorang rakan memberikan salinannya.
Ditanya sama ada beliau berhasrat untuk membuat laporan polis, Soi
Lek berkata: “Saya akan memikirkan perkara itu dengan serius.”
Beliau turut memohon maaf kepada rakan seperjuangan, penyokongnya dan rakyat Malaysia.
‘‘Saya juga berterima kasih kepada mereka yang prihatin dan
mengambil berat dengan membuat panggilan telefon dan khidmat pesanan
ringkas (SMS),” katanya.
Selepas sidang akhbar itu, beberapa pengikutnya turut mengambil kesempatan untuk bersalaman dan mengucapkan simpati kepadanya.
Sementara itu, Kok Hong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan
Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air dan Komunikasi Johor berkata,
pihaknya akan terus memberi sokongan kepada Soi Lek sebagai Ahli
Parlimen Labis untuk mewakili kawasan Parlimen itu pada pilihan raya
akan datang.
Beliau berkata, kejujuran Soi Lek mengakui kesilapannya patut
menjadi contoh kepada orang lain kerana belum ada pemimpin yang
mengambil sikap berani dan sejujur beliau.
January 1, 2008 at 5:32 pm
Letak jwatan le oi..mnteri kesihatan sptutnya jd contoh teladan yg bek,tp ni bkn lg terlampau dh nie,ni pelampau nih..ekekekek..Sorry for that..Harapnye jgn la ditegakkan lg benang yg dh bsh 2…